3-day trip at Melaka
- Ace Basri
- Jan 25, 2020
- 5 min read
Kita mulakan tahun 2020 kita dengan bercuti ke Melaka sebab tak start lagi assignment and quiz pada first week of the semester. Trip ini khas planned by Naziruddin sejak dari cuti sem lagi.

DAY 1 (10/1/2020)
Jadi kita mulakan perjalanan dari UTP. Kitaorang start bertolak pukul 12:15pm dgn konvoi tiga kereta. Kitaorang lalu through Gopeng sebab nk singgah solat jumaat (wah baguskan kitaorang hehe) and boleh la kurangkan tol sikit.
Setelah 3 jam perjalanan dari UTP, kitaorang pun arrive dekat first stop iaitu Itik Salai Mashtar yang agak popular di Kajang, Selangor. Antara menu yang ada ayam goreng, keli bakar, ulam ulaman, minuman dan semestinya itik salai. Masakan salai kedai ni bukan khas untuk itik sahaja tapi daging pun ada jugak. Dua-dua boleh tahan sedap. Kedai ni sebenarnya bukan satu je yang ada dekat situ tapi ada jugak kedai-kedai sebelah deret dia. Jdi kalau rasa nak pencuci mulut boleh la cari kat kedai sebelah.
Lepas makan, terus direct ke Melaka sebab takut lewat sampai. Nak dipendekkan cerita, kitaorang masuk sempadan Melaka masa Maghrib. Niat masa nak sampai nak pekena Mango Float Royale Melaka tapi tutup. So pergilah kepada plan kedua iaitu Coconut Shake Batu Berendam.

Coconut Shake Batu Berendam ni kedai dia betul-betul tepi jalan (tapi senang nak parking la jangan risau) dan kedai dia agak besar.
Coconut shake sangat sedap sbb dia blend dan dapat rasa cebisan2 isi kelapa bila minum (boleh bayangkan kan). harga pun not bad la, dengan harga RM3.40 ~ RM4.40. Deretan sebelah kedai ni ada lah jual goreng-goreng sikit dan laksa.
Lepas puas pekena coconut shake kitaorang pun pergi la check in apartment Airbnb 2km dari Jonker Street. Setelah rehat-rehat dalam sejam, kitaorang terus gerak ke Jonker Street.
Kalau nak pergi sini, nasihat aku, naiklah grap sebab susah sangat nk dapat parking. Kalau ada duit sikit bolehlah parking RM10 dekat depan pintu gerbang Jonker Street. Masa pergi sana agak meriah sebab nak dekat dengan Chinese New Year and ada event dekat tengah-tengah Jonker street siap jemput penyanyi lagi. Jonker street ni basicly ada penjaja souvenir, makanan dan pakaian. Tapi susah sikit nk yakin masa nak beli makanan kalau untuk muslim sebab kebanyakan makan dekat situ ada pork. Kalau nak beli pun, beli dekat penjaja muslim.
Tapi jangan bimbang, Family mart pun ada area situ kalau nak singgah (lagi ok makan sini je kot).
Lepas penat bergambar, berjalan 3-4 round kehulu kehilir. Rasa lapar datang sekali lagi. Jadi kitaorang pun pergi makan dekat Pak Putra Restaurant. Kedai makan ni popular dengan ayam Tandoori dan roti Naan. Makanan sini sedap tapi harga ayam Tandoori dia mak aih, sampai RM11. Overall ok la buat lepak malam sebelum balik rehat.
Perjalanan hari jumaat habis dekat situ sahaja.
DAY 2 (11/1/2020)
Kita mulakan hari kedua trip di Melaka dengan breakfast di Roti Canai Kayu Arang. Makanan dekat sini memang menu breakfast, ada kuih, nasi lemak, lontong dan paling popular Roti canai diorang (roti kosong lapik dua dengan topping dua biji telur goyang). Harga makanan dekat sini murah dan semestinya sedap untuk breakfast. Cuma ada part yang kurang selesa sebab ramai pengutip sedekah datang.
Lepas kenyang makan breakfast, kami ke Kota A Famosa sebab nak menghayati sejarah negara (read: sebab Haziq tak pernah pergi).
Setelah bosan mengembara di kawasan Kota AFamosa, kiatorang pun pergi berjalan ke Museum penjara. Nak parking dekat sini pelik sikit sebab kena letak kereta dekat kawasan parking rumah flat dekat sebelah pintu belakang museum ni tapi parking free kan so oklah.
Museum penjara ni menceritakan sejarah penjara-penjara di Malaysia, sejarah jenis hukuman dunia dan pengetahuan umum pasal penjara. Menariknya museum ni adalah sebab museum ni sebenarnya bekas bangunan penjara yang kita dapat lihat bilik penjara, tempat aktiviti harian penghuni penjara dan tempat hukuman seperti sebat dan tali gantung (seram la jugak sikit).
Setelah lapar meronda museum penjara, kitaorang pergi ke tempat makan seterusnya di Restaurant Eejiban yang popular dengan Chiken Rice Ball (Nasi ayam dia penyek jadi bentuk bebola). Nasi Ayam dekat sini agak dan waiter dia friendly. Cuma kalau nak datang dekat sini tak boleh minum air sahaja sebab setiap customer kena habiskan at least RM5 worth of makanan dekat kedai ni, agak pelik tapi takpelah.
Selesai sahaja memenuhi perut, kita kenalah memenuhi rohani dengan solat di Masjid Selat Melaka. Masjid ni sangatlah cantik sehinggakan ada laluan khas untuk pengunjung jalan untuk tour sekeliling masjid. Ruang solat sini luas dan selesa. Masa datang tu ramai pengunjung datang bergambar (tapi diorang pakai pakaian covered sebab peraturan masjid).
Tidak cukup dengan makan tengah hari, kitaorang pergi lagi foodhunting dan berjaya pergi kedai Avacado Melaka dan Keria antarabangsa. Kedua-dua kedai ni dekat je, walking distance. Menu di Avacado Melaka sangat unik, ada yang gula melaka, chocolate,boba dan lain-lain. Harga air dekat Avacado Melaka bermula dengan RM6 sehingga RM12. Air dia sangatlah pekat rasa avacado jadi worth la dengan harga dengan saiz cup. Keria Melaka pulak, korang kena beratur (line yang sangatlah panjang) untuk menikmati keria yang popular dan sedap yang beharga RM12/20 pieces tapi seorang pelanggan hanya dapat membeli maximum 20 pieces SAHAJA. Jadi kalau nak beli banyak, bawaklah anak beranak beratur sekali. Kitaorang pergi pukul 3 ptg camtu dan baru dapat merasa keria tu pukul 4++ ptg. Lebih sejam beratur baqhang tapi demi selera perut durjana. P/s thanks Haziq dan Shidi beratur.
Lepas foodhunting, kitaorang pun pergilah menikmati alam semulajadi dekat Pantai Klebang. Dekat pantai sana agak meriah dengan foodtruck, kedai-kedai dan tempat orang pamerkan arnab. Basicly kitaorang datang sini main layang-layang yang Zaid dengan Rafi beli sebab RM3 je dan bergambar sambil makan keria panas-panas.
Lepas letih melayan pantai dan memenuhi kasut dengan pasir, kitaorang balik la ke apartment relax main kolam dulu sebelum dinner. Gambar main kolam takde sebab explicit hehe.
Dinner kitaorang makan dekat Restoran Ikan Bakar Parameswara. Banyak jugak jenis makanan laut yang dijual dekat sini seperti gambar dekat bawah tu. Ikan tu kena pilih dulu dekat pasar basah diorang (baru syok). Kitaorang order nasi putih, nasi lemak, Siakan sweet sour, Pari masak Asam pedas, Sotong goreng tepung, sayur satu pinggan dan air dua jug. Kitaorang order 2 set menu sebab nak asingkan lauk untuk dua meja (sebab satu meja 6 orang). Total habis dekat sini RM251.35 so kalau dibahagikan dengan 12 orang dapatlah RM 20++/person. Taklah mahal sangat untuk makan seafood. Puas pun puas. Aku sangat recommend Stong goreng tepung dengan siakap sweet sour dia sebab sedap gila!
Berakhirlah perjalanan hari kedua kitaorang dengan makan.
DAY 3 (12/1/2020)
Kita mulakan trip hari ketiga dengan breakfast di Warong Kopi Manggis Road. Menu dekat sini bertemakan breakfast. Warong ni jual pelbagai menu, ada rojak, mee bodoh, nasi lemak pelbagai jenis, roti temenggong dan kopi ais popular diorang (Kopi Pahlawan). Buat mereka yang tak tahu, roti temenggong ni Roti canai yang dia lilit macam kebab gulung yang intinya daging ayam dan dilimpahi dengan kuah kari dan sambal. Sangatlah sedap dan mengenyangkan walaupun makan satu set roti temenggong. Nasi lemak dekat sini banyak jenis sebab add on lauk dia. Ada ayam goreng berempah, kerang masak sambal dan lain2. Kerang dia sedap, aku pun order kerang dia ala carte. Kopi Pahlawan dia basicly kopi ais yang pekat dengan topping whipped cream, jadi nampak menarik la. Harga dia boleh tahan la jugak.
Trip di Melaka habis disini sahaja yang kebanyakkannya food hunting. Moga dapat pergi trip ramai-ramai lagi sebelum berumah tangga. Sekian.
Untuk yang nak megetahui kos sepanjang perjalanan. Ni aku breakdown yang basic punya.
Petrol - RM120 (pergi-balik)
Tol - RM 88.5 (pergi-balik)
AirBnb - RM 240 (dua malam selepas tolak coupon Airbnb RM120)
Makan - RM140
Souvenir - RM40 (depends la banyak mana)
Museum Penjara- RM3
Parking fees overall - RM 20
Nampak mahal tapi Petrol and Tol tu bahagilah dgn penumbang (kereta aku 4 orang)
And AirBnB tu bahagilah dengan bilangan ahli (12 orang)
Comments