top of page

Hassan Basri (sebuah autobiografi)

  • Writer: Ace Basri
    Ace Basri
  • Aug 11, 2018
  • 6 min read

Updated: Jan 27, 2020

"Setiap manusia mempunyai jalan masing-masing dan tiada manusia adalah sama tetapi kita mempunyai pilihan untuk tindakan tidak kira baik atau buruk"


Sebenarnya ini adalah untuk menyimpulkan perjalanan hidup aku sampai diriku bergelar mahasiswa.



 

Namaku Hassan, lahir di Mersing, Johor, 13 Julai 1998. Aku adalah yang kedua dari empat adik beradik. Nama popular adalah Hase atau Ace. Aku dilahirkan di keluarga sederhana. Ayahku cikgu dan ibuku adalah seorang pensyarah. Kami sekeluarga tinggal di Ketereh, Kelantan sejak 2009.


Jika anda mahu mengetahui lebih jelas mengenai biodata aku, korang boleh tengok di home page. Benda yang aku nak disampaikan di sini adalah kita perlu sedar bahawa rezeki kita bukan terletak pada keturunan dan mata-wang keluarga tetapi itu hanya adalah bantuan atau bonus yang anda ada. Walaubagaimanapun, kita kenalah bersyukur juga kan?


Hidup ni sekejap sahaja, pejam celik dah umur 20 tahun. Pasti kita akan terbayang apa yang telah kita bazirkan masa-masa sebelum ini. Ni nak cerita pasal diri aku sejak umur 12. Pada masa tu, alhamdulillah dengan berkat tuhan aku dapat straight A dalam UPSR tapi tak sempat nak terima slip masa hari result keluar sebab demam. Jadi takde la rasa aura straight A naik atas pentas bagai. Selepas isi borang untuk masuk macam-macam sekolah menengah terutamanya Sekolah Sains dan MRSM, alhamdulillah dapat banyak . Antaranya adalah Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, SMK Agama Melor dan SBP Integrasi Batu Rakit. Walaupun isi borang SBP apply Sains Machang tapi dia bagi jugak SBP dekat Terengganu. Dengan nasihat orang tua-tua, aku masuklah SBP Integrasi Batu Rakit untuk ambilan pertama.


Jika anda tertanya-tanya atau tak tahu SBP Integrasi Batu Rakit ni sekolah apa, aku pun tak tahu sampai masa aku nak daftar masuk,tak jumpa jalan pergi sana sebab dulu kan takde 'Waze' dan 'Google Map' bagai. First impression aku sebab dengar cerita kan orang bagi tahu SBP ni sekolah bagus, jadi aku rasa bangga la sikit.


Walaubagaimanapun, sejujurnya aku taklah 'bijak' sangat kat sana. masa tingkatan satu sampai PMR boleh kira berapa kali je lulus Bahasa Arab. Setiap kali exam pun dapat satu A tu pun Matematik. English kelaut terus. Bab akademik masa zaman PMR ni taklah 'memberangsangkan' sebab masa tingkatan 3 pun duduk kat kelas last. Biasalah kalau korang pelajar yang duduk kat kelas last akan di'stereotype'kan oleh cikgu-cikgu dan member-member bijak sejak lahir. Sampai satu tahap dapat A banyak sikit dari budak bijak ni pun kena tuduh meniru (gila betul). Tapi aku beruntung, sebab apa? Sebab aku pikap subjek Matematik yang jadi 'kebintaraan' sekolah jadi bolehlah jalan-jalan kutip sijil penyertaan. Nak main sukan tak reti, badan kecil, stamina semput dan takde bakat terpendam. Sifat kepimpinan pun takde jadi sampai PMR baju putih je.


Untuk diringkaskan, keluarlah result PMR dan disitulah 'detik' kesedihan. Kenapa sedih? Sebab lebih separuh dari batch aku dapat straight A tak taermasuk aku (faham-faham la). Kalau diikutkan result PMR aku tak cukup satu A je tapi bila tengok ramai sangat yang berjaya jadi sedih la kan. Nak-nak bawa satu family ambil result tapi takde naik pentas sebab tak straight. Lepas ambil result PMR, aku 3 hari 3 malam takde mood nak makan. Nampak keterlaluan tapi peristiwa tu buat otak aku 'snap' dan tak boleh terima hakikat.


Maka masuklah tingkatan 4 dan pelajar kena pilih aliran yang berminat. Sekolah aku ada 3 aliran iaitu Sains Agama, Sains Teknikal dan Sains Tulen. Bezanya Sains Agama ada Bahasa Arab, Al-Quran dan Sunnah dan Syariah Islamiah, Sains Teknikal takde Biologi tapi ada Lukisan dan Teknologi Kejuruteraan dan Sains Tulen yang paling basic 9 subjek. Pada awalnya aku nak apply Sains Teknikal tapi ayah aku tak setuju sebab takde Biologi (dia nak suruh jadi doktor lol). Jadi dengan redanya masuklah aliran Sains Tulen. Sains Agama bukan tak nak tapi prestasi Bahasa Arab aku ni Ustazah ngan Ustaz aku pun boleh pening tengok.


Dipendekkan masa, habislah exam pertama tingkatan 4 dan ini detik mengejutkan aku dapat 8A 1B! Aku pun takleh nk brain macam mana boleh up jauh. Kawan aku pun terkejut jugak la kan sebab tak pernah pun sentuh top 10 (bukan top 10 je, top 30 pun tak pernah jejak). Sejujurnyalah, aku rasa faktor tak skor masa PMR sebab headstart masa form 1 pun malas. Jadi bermula tingkatan 4 ni lah aku rasa aku boleh ubah nasib akademik aku. Aku perasan cikgu mula kenal nama aku, pengetua yang tak pernah panggil nama pun tiba-tiba je panggil kenal. Aku pun perasan la cikgu ni akan selalu tegur aku dalam kelas berbanding dulu. Jadi start kat situlah aku rasa macam kurang stress pasal akademik (sebab faham kan). Aku perasan la ramai kawan aku berubah dagi segi belajar macam dulu tak menonjol tapi sekarang meningkat mendadak dan ada jugak yang jatuh teruk. Ini aku dapat simpulkan hidup kita tak akan selesa walaupun kita skor zaman dulu, kita kena konsisten dalam belajar! Aku mengaku la nak konsisten ni susah dengan mengantuk dalam kelas la, cikgu suruh wakil la, ada kem yang takde kena mengena la dan kawan yang sering menghiburkan sampai hilang fokus. Prestasi aku juga drop sekejap lepas rasa selesa dengan headstart yang aku kira luar biasa tapi sebab drop la jadi sedar sikit kena konsisten struggle belajar. Banyak yang bagi tau tingkatan 4 ni adalah masa 'honeymoon' tapi topik tingkatan 4 la ramai yang perlu ulangkaji balik masa tingkatan 5.




Dalam masa tingkatan 4 juga la aku jadi Pengawas Pusat Sumber (sebab isi borang haha) sebab nak rasa juga kan pakai baju warna lain. Nak jadi pengawas dan Pembimbing Rakan sebaya(PRS) tak kena panggil temuduga sebab mungkin dia tengok aku takde ciri-ciri kepimpinan dan nak jadi Badar memang jauh la dengan subuh tak pergi Surau (aku tak tinggal solat). Tapi masa aku form 5 pernah kena panggil temuduga pengawas tapi aku tak pergi sebab nak relax je macam jadi Librarian. Kerja susun-susun buku, agih surat khabar (leceh sebab ramai berebut) dan tak terlibat dalam event-event besar.


Dan tibalah tahun SPM, tingkatan 5. Sejujurnya pada tahun ni lah paling banyak benda mengarut terutama bahagian classmate tapi kita kekalkannya di dalam memori kita ye. Sebelum daftar masuk tingkatan 5, ada cikgu aku call aku tiba-tiba (aku jawab lepas bangun tidur). Cikgu aku bagitahu yang dia nak lantik aku jadi Head of Librarian. Aku gelak je masa dia call sebab aku bagitahulah ada yang kawan aku sorang lagi aku rasa lagi layak jadi ketua. Masa tu jugalah dia bagitahu yang dia lantik sebab pencapaian akademik aku lagi bagus dari kawan aku ni, aku tak boleh brain gak sebab kita ni orang baru. Sejujurnya aku tak nak sebab malas nak ada tanggungjawab apa ni dan aku kesian juga la kawan aku ni dari tingkatan 2 lagi jadi librarian dan aku pula pergi songlap jawatan. Aku pun reda je la, ikut cakap cikgu.


Masa aku form 5 (kelas Sains Tulen), kebanyakan orang yang masuk first class aliran aku ni adalah pelajar intake baru masa tingkatan baru. Yang pelajar intake lama ada dua orang je daripada 25 orang terutamanya aku.



Aku cukup bangga la dengan kelas ni walaupun majoriti pelajar baru sebab common sense dia boleh pakai dan boleh toleransi. Kadang-kadang batch aku cakap kelas aku ni berpuak sebab banyak benda kaitan batch pun buat dengan member kelas sama. Dah nak buat macam mana, kita mesti nak buat kerja dengan orang yang kita selesa kan?



Exam demi exam, trial SPM pun habis dan alhamdulillah pada saat itu juga lah buat pertama kalinya aku dapat straight A sejak menjejakkan kaki dekat sekolah ni. Rasa puas hati juga la tapi nikmat dia semua kena hadap SPM juga kan? Sebenarnya kalau nak minta nasihat cara belajar dari aku ni, bukan boleh pakai tetapi cara aku sama je, buat latihan dan fokus dalam kelas. Benda yang aku selalu buat latihan pun Math dengan Addmath je, yang lain ikut mood nak buat. Sejujurnya sepanjang aku tingkatan 4 sampai tingkatan 5, aku selalu je bersedih sebelum tidur sebab aku terbayang bila aku nak bawa mak aku naik atas pentas ni dan aku rasa terancam bila tengok kakak aku dapat straight A SPM dia. Kakak aku juga adalah pedoman aku untuk belajar, setiap kali aku buka loker (almari) dekat asrama pasti ada kertas result SPM kakak aku. Selain dijadikan perbandingan anak beranak ni rasa tergugat juga kan?



Setelah berkali-kali pergi kem, buat group discussion dengan kawan dan doa-doa ibubapa serta guru-guru, akhirnya usaha aku membuahkan hasil. Pada 3 Mac 2016 tak sempat mak aku tahu result, aku tahu dulu (melalui SMS). Dapat je mesej berharga 20 sen, aku menangis terus dan mak aku pun join menangis sekali. Rasa puas hati tu lain macam sebab lama dah mengidam kan. Tapi masa tu juga lah aku tengok ramai yang bersedih tengok keputusan sebab rasa tidak seperti yang dimahukan.


Aku ni sebenarnya sasarkan untuk dapat straight A je sebenarnya, tak terfikir pun nak dapat biasiswa ke apa tapi tuhan Maha Kaya, aku ditawarkan beberapa biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Semua yang ditawarkan ni semua aku pergi temuduga sebab nak cuba rezeki. Banyak aku apply dan pergi temuduga macam IPG (cikgu), Petronas, TNB, PNB, JPA-MARA, DRB-Hicom, GMI, MJHEP, Maybank dan UniKL. Banyak yang isi borang dan temuduga, banyak juga yang dapat dan tak dapat. Yang aku dapatnya Petronas, TNB,DRB-Hicom, JPA-MARA dan IPTA lain. Jadi setelah fikir banyak kali, aku pun bersetuju nak pilih Petronas sebab tengok terms and regulation dia lagi berbaloi dari yang lain walaupun dapat sambung belajar di dalam negara.



Mesti korang fikir orang yang result SPM straight A je dapat biasiswa dan PBU kan? Sejujurnya tak juga, ada kawan aku dapat Telekom Malaysia sebab dia menonjol semasa temuduga dan ramai lagi yang dapat PBU daripada B40 JPA-Mara dan Yayasan Peneraju. Baru tahu? Ha ni nak bagitahu!



Akhir kata, kepada yang membaca, walaupun setinggi mana pendidikan dan kejayaan yang kita kecapi tetapi jangan lupa siapa yang berjasa kepada korang dan jangan mengecilkan kawan korang yang tak dapat keputusan seperti kita. Sekian, harap kamu semua tak membazir masa membaca.


Comments


Post: Blog2_Post

©2018 by LifeBlogAce. Proudly created with Wix.com

bottom of page