Lasik (Eye surgery)
- Ace Basri
- Aug 10, 2018
- 3 min read
Updated: Jul 4, 2020
Jadi, lepas ayah aku cadangkan suruh lasik (tiba-tiba), aku pun bersetujulah sebab takkan nak pakai cermin mata sampai tua kan? Kalau korang nak hadap lasik ni, baik buat masa free seperti cuti semester sebab takut gap appointment dengan operation susah nak tolerate.
Lasik yang aku buat ni adalah di IIUM eye specialist clinic , Kuantan, Pahang sbb lasik tak dilakukan di Kelantan.
Tanpa membuang masa, langkah pertama sebelum menghubungi klinik, bincanglah masak-masak dengan parents sebab kena korbankan masa, tenaga dan lagi utama adalah duit beribu. Selepas selesai masalah itu, korang boleh lah menghubungi klinik mata IIUM iaitu 019-9112642 (whatsapp). Untuk pengetahuan la, semua rawatan di klinik mata IIUM hanya akan dijalankan selepas buat temu janji (appointment). Kalau walk-in confirm tak layan.
Step untuk buat operation lasik ni ada 4, iaitu lasik :
Lasik Screening (free)
Pre-operation (rm300)
Operation day (harga depend on method)
Follow up appointment (bayar hanya kalau tambah ubat)
Untuk Lasik Screening, korang hanya pergi ke klinik untuk nak tahu korang sesuai atau tak untuk jalankan operation ni sebab dia akan tengok condition cornea mata. Kalau cornea mata nipis sangat , dia akan cadangkan satu method atau dia tak bagi terus jalankan lasik takut berisiko.
Lepas lulus lasik screening dan tiada masalah mata atau eye-trauma, dia akan bagi pilihan kaedah untuk korang pilih iaitu :
LASEK (rm 4000)
FemtoLasik (rm 6985)
Relex Smile (rm 9000)
*harga dia berubah ikut masa , ni harga pada Mei 2018
*harga tidak termasuk pertambahan ubat seperti eye drop dan sebagainya.
Semua kaedah ni semua objektif sama iaitu nak baiki lens mata kasi power 0 atau +0.5 and kasi silau 0 tapi kaedah ni mempunyai mata sembuh yang berbeza. Untuk LASEK boleh sampai sebulan untuk recover vision tak termasuk pantang. Untuk FemtoLasik (ni method yang aku ambil) boleh recover vision dalam masa singkat iaitu 2 hari je. Masa recover vision FemtoLasik dengan Relex Smile lebih kurang sama. Apa yang beza? Cara dia belah cornea!
Untuk kaedah LASEK, dia belah cornea mata circular dan letak larutan alcohol. Selepas itu dia akan lekatkan artificial lens untuk 4 hari. Selepas 4 hari, korang kena cabut lens tu di klinik dia atau klinik mata yang terdekat. Method ni adalah yang paling murah sebab masa recovery yang lama.
Bagi FemtoLasik pula, dia akan belah cornea mata circular (tak kerat habis) dan tutup balik flap cornea yang dia belah selepas lazer. Tu je, tiada tambah artificial lens ke apa. Bagi aku ni yang paling berbaloi (untuk orang yang rush masa) sebab masa recovery vision dia sekejap (dalam masa 2 hari dah clear).
Relex Smile pula, dia lebih kurang je macam FemtoLasik tapi dengan bukaan (keratan) cornea yang lagi kecil (hanya suku bulatan) . Jadi masa recover dia akan lebih cepat.
Itu je ulasan ringkasnya.
Lepas pilih kaedah bedah dan hadiri Pre-operation, korang kena book tarikh untuk operation day. Book tarikh ikut kekosongan masa korang, kalau korang bekerja, dia akan bagi MC selama 9 hari untuk recover.
Pada hari operation day, korang perlu pergi ke Hospital Pakar UIA (sebelah je UIA Kuantan).

Korang kena pergi awal sebab takut dapat giliran lambat. Sebab ramai yang biasa buat operation mata kat sini terutama untuk Lasik dan Cataract mata. Jadi datang dan daftar lah awal seawal pukul 8 pagi.
Nasihat saya untuk orang yang akan operate atau appointment mata di IIUM, carilah hotel yang dekat sebab pagi-pagi jalan jem jugak dan datanglah awal sebab biasa dia cakap appointment pukul 8:30 pagi tapi pukul 7:30 pagi ramai dah sampai dan daftar giliran.
Operation day ni tak la seram sangat, cuma dia akan brief dulu kos yang kena bayar, cara guna ubat dan akan cuci mata sebelum operate. Sekejap je operate mata, 20 minit tu dah kira settle.
Lepas operation day, akan ada lagi follow up appointment untuk tengok perkembangan mata korang. Jangka masanya ialah :
Sehari selepas operation
Seminggu selepas operation
Sebulan selepas operation
3 bulan selepas operation
6 bulan selepas operation
Banyak kali kan? Pergilah sampai yang 3 bulan kalau mata tu ok dan jagalah ubat, jangan main letak ikut rajin, nanti cornea jadi beralun pastu kena tambah pakai ubat lain dan akan bertambah follow up appointment.
Itu saja dari saya, moga dapat membantu
Comments